Di bawah adalah syarat-syarat penggunaan laman web serta hak dan kewajipan anda semasa mengakses dan/atau menggunakan perkhidmatan di laman web ini.
Sekiranya anda mendaftar di laman web ini, ia merupakan pengakuan dan persetujuan bahawa anda terikat kepada syarat-syarat ini dan dengan ini, terbentuklah satu persetujuan di antara anda sebagai pelanggan, dan kami, bagi akses dan/atau penggunaan laman web ini.
Syarat-syarat ini akan menggantikan syarat-syarat terdahulu yang anda terima atau akses menerusi laman web ini. Penggunaan dan/atau akses anda kepada perkhidmatan ini seterusnya akan dianggap sebagai penerimaan syarat-syarat ini.
Had Tanggungjawab
Anda dengan jelas memahami dan bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung, yang berkaitan atau khusus, turutan atau exemplary, termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian berbentuk kehilangan keuntungan, kepercayaan atau kerugian tak ketara yang lain akibat daripada:
(1) penggunaan atau ketidakupayaan untuk menggunakan perkhidmatan ini;
(2) kos perolehan barangan dan perkhidmatan gantian berikutan pembelian sebarang barangan, data, maklumat atau perkhidmatan atau mesej yang diterima atau transaksi yang dibuat menerusi atau daripada laman web ini;
(3) akses tanpa kebenaran atau perubahan dalam penghantaran atau data anda;
(4) kenyataan atau tindakan pihak ketiga di laman web ini; atau
(5) perkara-perkara lain yang berkaitan dengan laman web ini.